Tuesday, December 22, 2009

Zenith

hey hey!
its been awhile kan?
mesti anda semua merindukan khabar berita dari saya.
ahahaha kenapa la berbahasa ibunda pula kali ni? =P

okay okay

today's entry is about my cheerleading team ZENITH!
fyi, we just won the champion title in the mini chearleading competition held in penang last sunday.

so in short, i just wanna paste the newspaper clipping from sunday(20th december 2009) and today(22nd december 2009)

so here goes the sunday's clipping :- Zenith B janji kejutan

PASUKAN dari Shah Alam, Zenith B bakal mencipta kejutan pada saingan penutup tirai pertandingan mini sorak sempena Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009, hari ini.

Hadir dengan reputasi pasukan pilihan susulan persembahan menarik semalam, skuad dibarisi 16 penari itu berharap kejutan hari terakhir bakal meyakinkan panel juri untuk memilih mereka selaku juara pertandingan edisi pertama itu.

Kaptennya, Muhammad Ashraff Haqimie Abd Saaid, 17, membayangkan persembahan lebih menarik akan dilakukan hari ini selepas berpuas hati dengan gerak tari 15 lagi rakan sepasukannya, semalam.

“Saya gembira kerana hampir setiap rutin gerakan tarian hari ini (semalam) berjalan lancar dan hampir serentak. Malah, sokongan pengunjung turut meyakinkan saya bahawa Zenith B bakal muncul juara.

“Kami amat mengharapkan gelaran itu kerana ia bakal mengukuhkan reputasi sebagai antara pasukan sorak terbaik negara,” katanya.

Selain Zenith B, turut beraksi semalam ialah pelapisnya, Zenith A, Z'rox (A dan B) serta Phantom A.

Mengenai pencabar terdekat, Ashraff berkata, dia menganggap semua lawan berpeluang menang kerana kebanyakannya masih baru dalam aktiviti pasukan sorak.

“Kami tidak begitu mengenali lawan kerana masing-masing baru ditubuhkan. Namun, semuanya sanggup datang ke Pulau Pinang kerana Futsal i-Metro sentiasa menjemput pasukan sorak handalan negara.

“Penyertaan pada pertandingan ini sudah cukup membanggakan, namun sudah pasti kami mahukan gelaran juara. Selepas gigih menjalani persiapan, saya fikir Zenith B layak meraih gelaran itu,” katanya.

Pertandingan pasukan sorak bakal bermula jam 3 petang ini.


and here comes today's article clipping :- Persembahan Zenith B memukau

PERSEMBAHAN cemerlang Zenith B pada hari kedua Pertandingan Mini Pasukan Sorak membolehkan mereka merangkul gelaran juara buat kali pertama sejak penubuhan pasukan awal tahun ini.

Dibarisi 16 penari, pasukan dari Shah Alam itu mempamer aksi memikat selepas menarik perhatian ribuan pengunjung pada persembahan pertama, Sabtu lalu, sekali gus menewaskan lima lagi pencabar.

Kaptennya, Muhammad Ashraff Haqimi Abd Saaid, gembira dengan gelaran sulung menerusi penyertaan pertama mereka dalam pertandingan seumpamanya kerana sedar pencabar memiliki kelebihan tersendiri.

“Kami menjalani persediaan intensif hampir sebulan lalu di bawah kendalian jurulatih, Hamizah Kamarul Husni. Selepas beraksi baik pada hari pembukaan, jurulatih mengingatkan supaya tidak terlalu yakin untuk menghadapi saingan hari penutup tirai kerana pasti lawan bakal mencipta kejutan.

“Syukur, persembahan kami lebih memikat juri dan saya bangga dengan prestasi rakan sepasukan. Saya harap kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk melakar sesuatu yang lebih gemilang pada masa depan,” kata penari berusia 17 tahun itu.

Di depan lebih 3,000 pengunjung yang menyaksikan final, Zenith B menewaskan pencabar terdekat, Z’Rox A manakala Phantom B meraih tangga ketiga.

Sementara itu, Hamizah puas hati dengan prestasi anak buahnya terutama kerana membuktikan mereka mampu mencatat kejayaan sekalipun tanpa bantuan mana-mana pihak.

“Kami datang sendiri ke Pulau Pinang dengan bantuan ibu bapa penari. Malah, kami menjalani persediaan bersendirian tanpa kerjasama mana-mana pihak.

“Penari sudah berusaha keras untuk mencatat kejayaan ini dan saya fikir mereka sememangnya layak muncul juara. Selepas ini, kami akan terus berlatih memperkemaskan gerak langkah untuk menyertai kejohanan berikutnya selain persediaan menghadapi Futsal i-Metro 2010,” katanya.

Selaku juara, Zenith B menerima RM600 dan hamper bagi setiap penari

heehee~
need i say more people?
ahaha pictures and videos will be uploaded later okie dokie?



eIzA is very proud of ZENITH!


eIzA Kamarul
1417

0 comments: